Bismillah....
Assalamualaikum.......
1. Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan, walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama
sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah untuk bertutur di dalam Bahasa Arab yang betul kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh
pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam
pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang
memberikan kebaikan.
9. Berkenal-kenallah dengan saudara Muslim
yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk
berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan
berkasih sayang.
10. Kewajipan kita adalah lebih banyak
daripada waktu kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang apa
cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan faedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.